Menjadi bualan hangat apabila telefon Samsung Galaxy Note 7 yang baru dilancarkan terpaksa ditarik balik kerana terdapat masalah bateri yang boleh menyebabkan letupan. Pelbagai spekulasi mula diperkatakan, akhirnya, pihak Samsung sendiri terpaksa menghentikan pengeluarannya dan menarik balik semua Samsung Galaxy Note 7 atas sebab keselamatan. Sehingga sekarang, kenapa telefon pintar tersebut boleh meletup masih menjadi misteri.
Salah satu sebab yang boleh menyebabkan telefon terbakar atau meletup adalah apabila telefon tersebut terlalu panas. Secara umumnya, telefon pintar boleh menjadi panas oleh 2 sebab utama iaitu panas disebabkan oleh bateri atau panas yang disebabkan oleh processor telefon pintar tersebut.
Walaubagaimanapun, kejadian telefon meletup disebabkan oleh terlalu panas amat jarang berlaku. Ini adalah kerana, sebahagian pendapat menyatakan, bateri telefon pintar hanya boleh meletup sekiranya kepanasannya mencecah 200 darjah celcius.
Oleh itu, sekiranya anda ingin membeli telefon pintar baru, salah satu aras tanda bagi pemilihan telefon pintar yang baik adalah dengan memilih telefon pintar yang tidak mudah panas.
Kenapa telefon pintar anda kerap menjadi panas?
1.Mengecas peranti secara berlebihanIni yang biasa kita buat, pastikan pengecas dimatikan selepas ianya penuh. Melainkan telefon pintar anda dilengkapi dengan fungsi “cutoff” (charging protection)
2.Bermain permainan video tanpa henti
Kepada penggemar permainan video, anda dinasihati agar sesi permainan tidak melebihi 45 minit. berhenti sekejap sekiraya peranti berasa panas.
3.”Multitasking” aplikasi
Jangan buka banyak sangat aplikasi dalam satu masa. Pastikan anda “clear running apps” sekerap mungkin.
4.Peranti dijangkiti virus
Sekiranya terlalu cepat sangat panas, berkemungkinan peranti anda telah dijangkiti virus
5.Penggunaan peranti semasa mengecas
Ini yang paling pantang sekali, Bukan sahaja menyebabkan peranti cepat panas, ianya juga merupakan salah satu punca bateri cepat rosak.